Kasih…

December 14, 2012

484163_10151217507398449_1740900661_n

jangan menangis anak

aku sentiasa di sisi

tak kurang kasihku walau sedikit

perasaan ini khas untukmu

doa ini istimewa buatmu.

Senyum dan tidur.

November 28, 2012

Saya suka lihat dia tidur.

Kenapa?

Sebab ada masa-masa dia akan senyum masa tidur.

Ini gambar yang saya sempat snap. Terbaru. 7 bulan. Geram.

Chocolate anyone?

August 24, 2012

Melawat kilang Beryl’s di Seri Kembangan…


🙂
🙂


Ini barangkali mesin untuk buat coklat. Jadi hiasan di pintu masuk.
🙂
🙂

🙂
🙂

🙂
🙂

Kedai coklat.
🙂
🙂
🙂

Senyum… tak perlu kata apa-apa…

May 1, 2012


🙂
🙂
🙂
Irsyad knows how to smile!

Alkisah Beranak (Bahagian Dua)

April 29, 2012

Ok kawan-kawan, kembali lagi dalam cerita Alkisah Beranak! (intro skema)



10.04.2012 selasa petang
Ehem… ingat lagi tak pagi selasa aku jalan-jalan kat bawah rumah? Petang tu jalan lagi. Cadangnya nak buat 2 3 round. Tapi tak jadi lah, satu cukup. Satu kali pusing pun dah mengah-mengah. Esok pun boleh sambung jalan lagi kan. Balik rumah baring lagi sedap.



10.04.2012 selasa malam
Siap-siap nak pergi makan ka warung. Layan menu favorite koteow tomyam (tak pedas sebab takut sakit perut lain pulak, haha). Lepas tu balik rumah tengok TV. Cite ape ntah, tak ingat. Tetiba je rasa sakit contraction. Sakit sangat macam nak bersalin dah. Ok sabar ye baby. Tak boleh bersalin kat rumah. Sape nak sambut nanti.

Jam 11 malam Isham bawa ke hospital. Sampai sana buat ctg lagi. Lama juga nak dapat result sebab baby tidur. Misi kasi tekan-tekan tummy nak bagi baby bangun. Then dia call doktor. Tak lama lepas tu doktor datang. Adooiiii…. Doktor garang ni shift malam ke. Dia senyum. Aku senyum. Dia seluk. Sakit. Dia cakap tak nak sakit kita czer. Ok ok. Set dalam mind. TAK SAKIT….TAK SAKIT…..TAK SAKIT…. Dia cakap dah buka 2cm. Dia cakap nak stay kat wad boleh, nak balik pun boleh. Fuhhh…. ingatkan kena bersalin sekarang. Doktor dah cakap macam tu, mesti lah nak balik sekarang. Tidur kat rumah lagi best.



11.04.2012 rabu jam 1-7 pagi
Balik rumah terus rehat, tidur. Isham sambung buat album sambil tengok-tengokkan aku. Tapi tidur tak lama. Kejap-kejap bangun. Doktor ada suruh kira berapa kali sakit, berapa minit semua tu. Masa tu dah la penat, ngantuk, sakit, mana reti nak kira. Isham ajak pergi hospital. Erm.. nanti dulu lah. Rasa macam sakit tak konsisten. Kalau time sakit tu bole nangis. Tapi bila tak sakit tu steady je macam takde apa-apa. Baring tak kena, duduk tak kena, berdiri tak kena. Tidur macam tak tidur. Ok. Jam 6 tu keputusan muktamad, jom lah kita pergi hospital.

Bersiap. Niat di hati nak duduk kat wad je sementara menunggu waktu nak bersalin tu. Senang lah nanti. Oleh kerana tengah sakit, Isham cakap tak payah mandi. Mandi kat hospital terus. Aku nak mandi jugak. Siap make-up lagi ok. Haha.



11.04.2012 rabu pagi jam 7.30 pagi
Sesampai hospital bagi kad kat kaunter. Tunggu kejap. Lapar. Isham beli roti dan air mineral. Minum air, tak sempat makan. Misi ajak naik atas untuk buat ctg lagi. Tak lama tu doktor datang. Aaadooooiiiiiiii…… Doktor garang shift pagi jugak ke??? Over time ke ape? Suspen. Doktor ajak sembang. Layan. Doktor seluk. Sakit. Dia cakap da buka 9cm. Doktor buat announcement ‘ok, kita bersalin sekarang’. Biar betul nak bersalin sekarang. Kena ready ni. Contraction datang dengan lebih kerap. Masa tengah tak sakit tu boleh senyum kat doktor. Doktor cakap, you ni diam-diam berisi ya. Apa maksud tu? Hehe. Dia cucuk kat tangan nak masuk air. Dia masuh ubat bagi poo poo. Dia pecahkan air ketuban. Sakit datang lagi. Tuhan saja yang tau. Doktor suruh betulkan position. Ready. Push. Push. Aku teran. Sakit sangat. Cuba lagi. Doktor cakap, push. Doktor cakap, ucap…ucap… Aku jerit nak teran. Doktor cakap, dont shout. Aku nangis. Doktor cakap, dont cry, kalau you tak nak sakit kita czer (dia duk ulang ayat tu lagi). Ow owww ok doktor. Jangan marah. Aku tak jerit, tak nangis. Aku tengok Isham. Dia pun macam tak sanggup nak tengok. Sedih. Isham genggam tangan ni. Dia baca surah. Doktor suruh push lagi. Dia cakap, ucap. Confuse dia suruh berucap ke mengucap ke pengucapan awam ke (dia singh). Kalau tak sakit memang aku pakat gelak ni. Aku buat kesimpulan doktor suruh mengucap. Dekat 20 minit tak boleh. Doktor bagi rehat dulu 30 minit. Dia keluar. Aku tidur.

Tak lama lepas tu doktor lain masuk. Uikkk… doktor garang dah habis shift lah. Hehehe. Doktor yang baru masuk tu suruh push. Dekat 10 minit juga. Lepas tu dia suruh rehat. Dia keluar, masuk balik bawa lagi satu doktor. So sekarang dalam tu ada aku, Isham, 1 nurse, dan 2 doktor. Doktor ikat kaki aku, siapkan semua alatan. Dia cakap kena vacum sebab last minit kepala baby mendongak. Ok, aku pun dah tak larat ni. Redha je. Nurse dengan doktor tu tekan tummy. Nak tolak baby agaknya. Sorang lagi doktor standby vacum. Doktor suruh push. Aku teran. Sakit. Nangis lagi. Dokor suruh baca Subanallah. Aku tarik nafas, cari kekuatan. Macam nak give up pun ada. Isham bagi support, ajar istifar. Nak baca sendiri time tu memang tak mampu. Dia pun dah nak nangis jugak. Kalau apa-apa memang aku redha je. Tak lama lepas tu vacum kena kepala baby. Dua doktor tu siap gelak-gelak buat lawak lagi. Hish…. dah la tengah sakit ni. Tapi dengar doktor gelak tu aku tau baby dalam keadaan ok. Lega. Doktor cuba keluarkan. Lepas tu teran lagi. Baby keluar. Doktor letak baby atas tummy. Baby merah. Dia kecik sangat. Dia nangis kuat. Aku usap baby. Macam tak percaya je. Alhamdulillah sangat bila semua dah selamat. Doktor nak Isham potong tali pusat. Nurse ambil baby untuk bersihkan. Doktor settle kan aku. Seram masa dia nak jahit tu. 4 jahit je pun. Lepas abis semua tu aku rehat, tidur.

🙂

Alkisah Beranak

April 25, 2012

Hari ini genap 2 minggu umur Irsyad. Berat dah masuk 4 kilo. Hehe Alhamdulillah proses berpantang berjalan lancar. Sakit tu ada lagi tapi tak la macam masa mula-mula dulu. Perit, boleh nangis ok. Dugaan berpantang ni hebat juga lah. Kali ni aku nak cerita saat-saat nak melahirkan tu. Tak sanggup nak ingat balik tapi nak cerita juga. Huhuhu….



09.04.2012 isnin petang
Aku pergi checkup macam biasa (yang once a week tu). Doktor cakap ctg jantung baby normal, air ketuban normal, position baby ok, laluan nak keluar pun cantik. Kira doktor cakap semua cun lah. Then doktor cakap aku maybe lambat lagi bersalin, means bersalin few days after due date 13 april ni. Aiseyyy… Ni yang lemah ni. Berapa lama lagi mau tunggu. Kalau boleh nak cepat-cepat bersalin. Heehee… Masa tu dah jam 9 malam. Doktor siap tanya lagi lepas ni nak pergi dinner ke. Dia garang. Dia tak bagi makan malam lewat. Aku jawab, tak lah, makan biskut aje. Padahal balik tu ke kedai bedal koteaw. Tipu je kan. 🙂



10.04.2012 selasa pagi
Oleh kerana doktor cakap lambat lagi bersalin, aku cuba buat aktiviti banyak-banyak. Konon nak cepat dan senang bersalin. Bangun je pagi ajak hubby jalan round satu apartment. Hubby berhenti buat album client sebab nak teman jalan-jalan. Penat balik rumah nak rehat kejap. Lepas tu dengar surah Maryam kat YouTube banyak kali, siap pasang kuat-kuat. Buat kerja rumah pulak. Nak bagi aktif sikit. Dalam tengahari tu ada darah, sikit je. Tapi nervous punya pasal pergi hospital balik. Maklumlah, first time kan. Kat hospital buat ctg lagi. Doktor lain pulak. Relax je dia cakap, itu biasa. Nanti kalau ada contraction berulang atau ketuban pecah atau darah bertambah datang balik hospital. Hubby pernah tanya doktor, macam mana nak tau sakit tu ialah sakit dah ready nak beranak. Doktor jawab, nanti aku akan tau sendiri. What??? Ni first time macam mana nak tau. Pelik juga. Kan. Balik hospital singgah makan – lunch+hitea. Pekena nasi, laksa dan cucur udang. Kenyang.



Nanti sambung lagi. Rehat jap. 🙂

Selamat datang, Muhammad Irsyad :)

April 18, 2012

Image
ini gambar Irsyad semasa berumur 5 jam. 🙂

Petikan dari post facebook hari ini:
Irwani Isham
Genap satu minggu menjadi seorang ibu. Jutaan terima kasih untuk semua yang mendoakan kami, keluarga yang menjaga semasa berpantang, keluarga yang datang melawat, doktor+nurse di Hospital Umra, kawan-kawan yang datang berkunjung, rakan-rakan facebook yang comment+like, dan yang teristimewa buat hubby, Isham yang banyak bagi moral support, teman ketika bersalin dan menjaga dengan penuh kasih… 😉 — with Isham Irwani.

-bersyukur atas kurniaan Allah-

Counting Days.

April 10, 2012

Due date Jumaat ni.

Lagi 3 hari.

Tapi tak rasa apa-apa contaction pun.

Sabar ok.

Hidup Baru

December 4, 2011

Assalamualaikum.

Tengok last entry pun dah tau. Blog ini dah setahun tak update. Niat hati nak menulis ditangguh-tangguh, tu yang jadi macam ni. Hehe.

Apa ya perkara-perkara penting yang berlaku tahun ini?

1. Mendapat kerja baru. — kat Subang Jaya

2. Kahwin. auwww — dengan Mohd Isham 🙂

3. Saya pregnant. — sudah 5 bulan 🙂

Perubahan yang sangat besar. Kan.

Syukur pada Allah.

2011 began with beauty and heath

January 20, 2011

I baru baca mag Rapi. Ini pun edisi bulan lepas. Haha… Di sini ada beberapa tips mengenai sihat dan cantik yang i baru tahu untuk dikongsi semua. Ada diantaranya yang kita tak tau pun. Sangat bagus oke kalau diamalkan.

1. Hasil kajian menunjukkan minyak evening primrose oil mampu meningkatkan kesihatan kulit dan memberi kesan dalam rawatan penyakit kulit.

2. Pengambilan 3.5 auns daging merah atau lebih 3 kali seminggu akan meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser usus besar!

3. Meninggalkan breakfast lebih dari 4 kali dalam sebulan lebih cenderung untuk mendapat obesiti. So… jangan skip breakfast yea…

4. Elak ais selepas makan! Amalan minum ais selepas makan dikaitkan dengan masalah jantung. Ais boleh membekukan makanan berminyak yang kita makan dan memperlahankan proses penghadaman. Akibatnya, salur darah menjadi sempit dan boleh membawa pelbagai penyakit. Jadi, lepas makan, minum air panas atau air suam.

5. Individu yang menghadapi masalah gastrik disarankan mengurangkan pengambilan teh dan jangan sekali-kali makan ubat bersama teh.

Hmm… baguskan tips tu….