Archive for January, 2011

2011 began with beauty and heath

January 20, 2011

I baru baca mag Rapi. Ini pun edisi bulan lepas. Haha… Di sini ada beberapa tips mengenai sihat dan cantik yang i baru tahu untuk dikongsi semua. Ada diantaranya yang kita tak tau pun. Sangat bagus oke kalau diamalkan.

1. Hasil kajian menunjukkan minyak evening primrose oil mampu meningkatkan kesihatan kulit dan memberi kesan dalam rawatan penyakit kulit.

2. Pengambilan 3.5 auns daging merah atau lebih 3 kali seminggu akan meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser usus besar!

3. Meninggalkan breakfast lebih dari 4 kali dalam sebulan lebih cenderung untuk mendapat obesiti. So… jangan skip breakfast yea…

4. Elak ais selepas makan! Amalan minum ais selepas makan dikaitkan dengan masalah jantung. Ais boleh membekukan makanan berminyak yang kita makan dan memperlahankan proses penghadaman. Akibatnya, salur darah menjadi sempit dan boleh membawa pelbagai penyakit. Jadi, lepas makan, minum air panas atau air suam.

5. Individu yang menghadapi masalah gastrik disarankan mengurangkan pengambilan teh dan jangan sekali-kali makan ubat bersama teh.

Hmm… baguskan tips tu….