Alkisah Beranak

Hari ini genap 2 minggu umur Irsyad. Berat dah masuk 4 kilo. Hehe Alhamdulillah proses berpantang berjalan lancar. Sakit tu ada lagi tapi tak la macam masa mula-mula dulu. Perit, boleh nangis ok. Dugaan berpantang ni hebat juga lah. Kali ni aku nak cerita saat-saat nak melahirkan tu. Tak sanggup nak ingat balik tapi nak cerita juga. Huhuhu….



09.04.2012 isnin petang
Aku pergi checkup macam biasa (yang once a week tu). Doktor cakap ctg jantung baby normal, air ketuban normal, position baby ok, laluan nak keluar pun cantik. Kira doktor cakap semua cun lah. Then doktor cakap aku maybe lambat lagi bersalin, means bersalin few days after due date 13 april ni. Aiseyyy… Ni yang lemah ni. Berapa lama lagi mau tunggu. Kalau boleh nak cepat-cepat bersalin. Heehee… Masa tu dah jam 9 malam. Doktor siap tanya lagi lepas ni nak pergi dinner ke. Dia garang. Dia tak bagi makan malam lewat. Aku jawab, tak lah, makan biskut aje. Padahal balik tu ke kedai bedal koteaw. Tipu je kan. šŸ™‚



10.04.2012 selasa pagi
Oleh kerana doktor cakap lambat lagi bersalin, aku cuba buat aktiviti banyak-banyak. Konon nak cepat dan senang bersalin. Bangun je pagi ajak hubby jalan round satu apartment. Hubby berhenti buat album client sebab nak teman jalan-jalan. Penat balik rumah nak rehat kejap. Lepas tu dengar surah Maryam kat YouTube banyak kali, siap pasang kuat-kuat. Buat kerja rumah pulak. Nak bagi aktif sikit. Dalam tengahari tu ada darah, sikit je. Tapi nervous punya pasal pergi hospital balik. Maklumlah, first time kan. Kat hospital buat ctg lagi. Doktor lain pulak. Relax je dia cakap, itu biasa. Nanti kalau ada contraction berulang atau ketuban pecah atau darah bertambah datang balik hospital. Hubby pernah tanya doktor, macam mana nak tau sakit tu ialah sakit dah ready nak beranak. Doktor jawab, nanti aku akan tau sendiri. What??? Ni first time macam mana nak tau. Pelik juga. Kan. Balik hospital singgah makan – lunch+hitea. Pekena nasi, laksa dan cucur udang. Kenyang.



Nanti sambung lagi. Rehat jap. šŸ™‚

Advertisements

6 Responses to “Alkisah Beranak”

  1. msirdawati Says:

    huuuahhhh..byknye mkn!
    cpt2 smbung, sonok lak bace šŸ˜€

  2. DrSinga Says:

    hok alohhh…
    macam drama melayu bersiri pulakkk…

    cepat sambung!!
    2 minggu dah 4 kg..?
    wallawehhhh…
    kiss sikit pipi dia!

  3. mazlin mohamed Says:

    wanie..leeeehhh terbit novel nierrrr..cpt sambung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: