Kotak besar.

December 16, 2010

Hello darls!

Sebetulnya banyak  benda nak kena buat. tapi perasaan tak rajin membataskan diri. haha… betul2 ni. erm… i sekarang sangat gila menonton video. lagi2 video dari cst production. bole tgk di http://www.cstproduction.com/ . rasa macam nak book team ni untuk buat event wedding i yang tak tau lg bilanya. hehe. video dia look so fresh, amazing even ade yang style klasik. kalau ada yang minat memang i suggestkan, starting from rm3500. kalau tak silap lah. hehe…ada sesiapa nak sponsor, dialu-alukan.

Semenjak official umemployed ni, sibuk nak cari kerja baru. yela kan. rindu nak bangun pagi2, mandi, siap2 nak cari nafkah. hehehe…. komitmen tu buatkan hidup ni lebih mencabar. nak buat macam mana. boss dah fired i. ehem… sebetulnya, kontrak gstt i sudah tamat. tapi tak apa. ada plan baik punya. nanti i stori mori yek.

birthday last week. dapat satu kotak besar. tak tau apa isinya. berat pula tu. katanya set pinggan mangkuk. haha. jadi la. asal kan hadiah. tp bila dah buka. lain macam saja kotak tu. taadaaa. kotak komputer. hp mini!!!!!!!. yang small, comel dan best sangat. mekaseh yea isham.  muahh. suka sangat. boleh la masuk dalam handbag bawa jalan2. kalau guna baby dell bawa jalan2, maunye mengah2. btw, terharu sebab sepanjang 25 tahun ni family sentiasa ada di sisi bagi moral support. acehh.. 25 tahun oke… sudah suku abad.. i ulang suku abad!!!

thats for now…

tq 🙂

 

Advertisements

It’s Hari Raya

September 9, 2010

cik sepatubunga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf atas segala salah dan silap selama ini… Semoga syawal ini membawa kebahagiaan buat kita semua…

salam syawal (^_^)

Kurung kain kapas

September 7, 2010

Saya suka baju kurung kain kapas. Berbual dengan teman di laman sosial facebook mengingatkan saya tentang datangnya minat ini. Mula suka apabila melihat seorang pelakon dalam filem Yasmin Ahmad apabila mengenakan baju tersebut beberapa tahun lalu. Terus jadi fevret. Jadi saya menjadikan baju ini sebagai koleksi. Apa yang penting tak panas dan sungguh selesa.


sweet dengan bunga kecil2 (:

Good Morning

June 10, 2010

her: good morning my sweet baby boyfriend

him: good morning to you too my little sunshine

Teacher’s Day

May 28, 2010

Saya terima sesuatu.

Terfikir apa la yang penting sangat sampai hantar pos ekspress ni.
Buka sampul dulu.

Ohh…thanks a lot…
(Bukan dari student)…. :))))))))))))

Luar Jendela

May 8, 2010

“Tatkala hati merasa bosan seperti berada dalam kongkongan. Kadang-kadang aku rasa ingin keluar dari dunia sendiri dan melihat apa yang ada di luar. Untuk mengalami sendiri saat kebebasan dan berlari dengan getaran. Merasai sendiri bunyi gunung, bunyi angin persis yang selalu diceritakan. Melihat warna langit yang selalu ceria dan cantik. Cepatlah datang pintu itu. Agar bisa aku keluar dari sini…”
8.26.08



Aku dah jumpa pintu itu…Terima kasihku padaMu, TUHAN ku…

I City

April 5, 2010

I can describe I-City as HEAVEN OF COLOURFUL LIGHTS
Well…enjoy the entire photo taken by him.

Excited masa pergi I-City last 2 days. Im really happy masa tu.

———————

Tadi petang lepas balik sekolah terus ke HKL untuk buat x-ray and blood test. Last week i batuk, ada darah. Sikit je. Sebab tu la my cousin (pakar orthopedik) asked me to go for check up. Lepas buat test terus proceed kat klinik kg pandan. Doc cakap both was ok. Normal je…syukur Alhamdulillah. Sihat.

🙂

Cik Alice kat Wonderland

April 4, 2010

Demam da baik. Batuk. Im having this bad cough. Pernah batuk sampai muntah. Ni batuk dah baik. 3 kali pergi klinik. Lepas tu doc suruh refer HKL. So… esok nak ke HKL. Class tak banyak esok, hopefully i can go to the hospital earlier.

Tengahari tu ke Midvalley nak tengok Alice in Wonderland 3D. Checked online start jam 2.30 pm. Sampai je Mid terus queue beli tiket. Queue punya queue punya queue

GSC: Yes Hi!!

Us: Hi, Alice 3D??

GSC: Got 2 seat but its separately

Us: Erm Dragon 3D??

GSC: Finished

Us: Titans 3D???

GSC: 1 only

Us: Alice yang takde 3D la

GSC: Okey 🙂

Tak dapat nak tgk movie 3D. Lagi 3 jam tapi dah habis. Ingatkan dah awal tapi orang lain lagi awal daaa. Anyway Alice memang best.

Lepas tu lunch asam laksa yang paling best kat situ. Burp….
Petang gerak ke Shah Alam. Sampai je makan lagi. Heavy hi tea. Huhuhu… Simpan tenaga nak jalan-jalan kat I City. Nanti I upload photonye.

Thanks alot to Isham.

Hug and kisses.

Going outside.

January 24, 2010

To go outside, he has to takes some initiative.

He does.

Cik Kebaya

January 5, 2010

Tadi siang. Berjalan-jalan dengan riang tapi laju. Turun anak tangga yang besar2 tu terlompat-lompat.

PLLOOPPP!!!

Jatuh tangga…Serius. Aku jatuh bersimpuh. Hahahahaha…. Gelak dulu sebelum terdiam.

Baru teringat yang aku pakai baju kebaya.
Baru teringat yang aku pakai heels.
Baru teringat yang aku kat SEKOLAHHH!!!

Mesti ade student yang nampak. Ahhhh..biarlaa…
(malu)