Alkisah Beranak (Bahagian Dua)

Ok kawan-kawan, kembali lagi dalam cerita Alkisah Beranak! (intro skema)



10.04.2012 selasa petang
Ehem… ingat lagi tak pagi selasa aku jalan-jalan kat bawah rumah? Petang tu jalan lagi. Cadangnya nak buat 2 3 round. Tapi tak jadi lah, satu cukup. Satu kali pusing pun dah mengah-mengah. Esok pun boleh sambung jalan lagi kan. Balik rumah baring lagi sedap.



10.04.2012 selasa malam
Siap-siap nak pergi makan ka warung. Layan menu favorite koteow tomyam (tak pedas sebab takut sakit perut lain pulak, haha). Lepas tu balik rumah tengok TV. Cite ape ntah, tak ingat. Tetiba je rasa sakit contraction. Sakit sangat macam nak bersalin dah. Ok sabar ye baby. Tak boleh bersalin kat rumah. Sape nak sambut nanti.

Jam 11 malam Isham bawa ke hospital. Sampai sana buat ctg lagi. Lama juga nak dapat result sebab baby tidur. Misi kasi tekan-tekan tummy nak bagi baby bangun. Then dia call doktor. Tak lama lepas tu doktor datang. Adooiiii…. Doktor garang ni shift malam ke. Dia senyum. Aku senyum. Dia seluk. Sakit. Dia cakap tak nak sakit kita czer. Ok ok. Set dalam mind. TAK SAKIT….TAK SAKIT…..TAK SAKIT…. Dia cakap dah buka 2cm. Dia cakap nak stay kat wad boleh, nak balik pun boleh. Fuhhh…. ingatkan kena bersalin sekarang. Doktor dah cakap macam tu, mesti lah nak balik sekarang. Tidur kat rumah lagi best.



11.04.2012 rabu jam 1-7 pagi
Balik rumah terus rehat, tidur. Isham sambung buat album sambil tengok-tengokkan aku. Tapi tidur tak lama. Kejap-kejap bangun. Doktor ada suruh kira berapa kali sakit, berapa minit semua tu. Masa tu dah la penat, ngantuk, sakit, mana reti nak kira. Isham ajak pergi hospital. Erm.. nanti dulu lah. Rasa macam sakit tak konsisten. Kalau time sakit tu bole nangis. Tapi bila tak sakit tu steady je macam takde apa-apa. Baring tak kena, duduk tak kena, berdiri tak kena. Tidur macam tak tidur. Ok. Jam 6 tu keputusan muktamad, jom lah kita pergi hospital.

Bersiap. Niat di hati nak duduk kat wad je sementara menunggu waktu nak bersalin tu. Senang lah nanti. Oleh kerana tengah sakit, Isham cakap tak payah mandi. Mandi kat hospital terus. Aku nak mandi jugak. Siap make-up lagi ok. Haha.



11.04.2012 rabu pagi jam 7.30 pagi
Sesampai hospital bagi kad kat kaunter. Tunggu kejap. Lapar. Isham beli roti dan air mineral. Minum air, tak sempat makan. Misi ajak naik atas untuk buat ctg lagi. Tak lama tu doktor datang. Aaadooooiiiiiiii…… Doktor garang shift pagi jugak ke??? Over time ke ape? Suspen. Doktor ajak sembang. Layan. Doktor seluk. Sakit. Dia cakap da buka 9cm. Doktor buat announcement ‘ok, kita bersalin sekarang’. Biar betul nak bersalin sekarang. Kena ready ni. Contraction datang dengan lebih kerap. Masa tengah tak sakit tu boleh senyum kat doktor. Doktor cakap, you ni diam-diam berisi ya. Apa maksud tu? Hehe. Dia cucuk kat tangan nak masuk air. Dia masuh ubat bagi poo poo. Dia pecahkan air ketuban. Sakit datang lagi. Tuhan saja yang tau. Doktor suruh betulkan position. Ready. Push. Push. Aku teran. Sakit sangat. Cuba lagi. Doktor cakap, push. Doktor cakap, ucap…ucap… Aku jerit nak teran. Doktor cakap, dont shout. Aku nangis. Doktor cakap, dont cry, kalau you tak nak sakit kita czer (dia duk ulang ayat tu lagi). Ow owww ok doktor. Jangan marah. Aku tak jerit, tak nangis. Aku tengok Isham. Dia pun macam tak sanggup nak tengok. Sedih. Isham genggam tangan ni. Dia baca surah. Doktor suruh push lagi. Dia cakap, ucap. Confuse dia suruh berucap ke mengucap ke pengucapan awam ke (dia singh). Kalau tak sakit memang aku pakat gelak ni. Aku buat kesimpulan doktor suruh mengucap. Dekat 20 minit tak boleh. Doktor bagi rehat dulu 30 minit. Dia keluar. Aku tidur.

Tak lama lepas tu doktor lain masuk. Uikkk… doktor garang dah habis shift lah. Hehehe. Doktor yang baru masuk tu suruh push. Dekat 10 minit juga. Lepas tu dia suruh rehat. Dia keluar, masuk balik bawa lagi satu doktor. So sekarang dalam tu ada aku, Isham, 1 nurse, dan 2 doktor. Doktor ikat kaki aku, siapkan semua alatan. Dia cakap kena vacum sebab last minit kepala baby mendongak. Ok, aku pun dah tak larat ni. Redha je. Nurse dengan doktor tu tekan tummy. Nak tolak baby agaknya. Sorang lagi doktor standby vacum. Doktor suruh push. Aku teran. Sakit. Nangis lagi. Dokor suruh baca Subanallah. Aku tarik nafas, cari kekuatan. Macam nak give up pun ada. Isham bagi support, ajar istifar. Nak baca sendiri time tu memang tak mampu. Dia pun dah nak nangis jugak. Kalau apa-apa memang aku redha je. Tak lama lepas tu vacum kena kepala baby. Dua doktor tu siap gelak-gelak buat lawak lagi. Hish…. dah la tengah sakit ni. Tapi dengar doktor gelak tu aku tau baby dalam keadaan ok. Lega. Doktor cuba keluarkan. Lepas tu teran lagi. Baby keluar. Doktor letak baby atas tummy. Baby merah. Dia kecik sangat. Dia nangis kuat. Aku usap baby. Macam tak percaya je. Alhamdulillah sangat bila semua dah selamat. Doktor nak Isham potong tali pusat. Nurse ambil baby untuk bersihkan. Doktor settle kan aku. Seram masa dia nak jahit tu. 4 jahit je pun. Lepas abis semua tu aku rehat, tidur.

🙂

Advertisements

6 Responses to “Alkisah Beranak (Bahagian Dua)”

  1. Irdawati Sirat (@irdasirat) Says:

    hohoho..bile bace adik boleh rse sakit tu. seram lah.

  2. Irdawati Sirat (@irdasirat) Says:

    ahhh..klu gigit semut letak minyak yuyi dah baik dh.

  3. mazlin mohamed Says:

    wanie..cm senang gak ngk wanie bersalin..siap boleh baring jap n sambung semula..apapun cam da masuk feel ble baca citer ni..waiting for da next storiessss..

  4. sepatubunga Says:

    baring tu sebab letih. nak cari tenaga balik. hehe. good luck tuk lin pulak next month. 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: